Sunday 17 March 2013

Final exam

Dupdapdupdapduppp..

Last week untuk kelas, assignment dan seangkatan dengannya. Hishh makin terasa debaran dupdap tu. Dah cukup ke timba ilmu untuk sem nie? Dah cukup ke preparation untuk final? Dah pro ke semua yang lecterur ajar? Errr semua tu macam still dalam pembinaan lagi. Azam setiap sem nak dapat deans list tapi perangai pemalas makin menjadi-jadi. And bila nak final nie la aku akan jadi ketagih nak makan maggi banyak2, asam banyak2. Macam mana nak deans list tu? Jauh sangat rasa.

 Haa sebab apa nak deans list? Sebab aku tanak bayar ptptn laa u'olls ! Ahahaha, but semua mesti nak macam tu kan? Tapi niat tu dah tak betul, tu yang susah nak dapat tu. Betul tak? Sape yang tanak pinjam duit ribu2 then takyah bayar sebab tukar jadi biasiswa, semua orang nak ! Tanya orang gila pun dia nak. Ehhh tu pun kalau orang gila tu tahu la apa deans list and apa biasiswa. Okay, done ! Byee :D

Wednesday 13 March 2013

KERINDUAN

Cepat sangat masa berlalu. Tuptup dah nak masuk 20tahun, usia yang dah boleh digelar anak dara yang tunggu pinangan orang mungkin? HEHEH. And dah nak genap setahun arwah ibu tinggalkan kami semua. Serious terasa sangat kehilangan tu even aku selalu happy, gelak-gelak, main sana sini. Tapi aku tak pernah rasa menyesal Allah ambik ibu secepat nie. Sebab apa? Sebab masa arwah sakit aku jaga ibu, aku belai ibu, aku tatap wajah ibu tidur, aku mandikan ibu, aku basuhkan berak ibu, aku cuci muntah ibu, aku angkat ibu bila ibu cakap "yin, ibu lenguh. Ibu nak pusing sana pulak boleh?" . Mungkin kudrat aku tak kuat tapi untuk ibu aku semua aku sanggup buat. Masih aku ingat lagi ibu cakap "kesian kakak kena jaga ibu, ponteng kelas semua. Sorry ya kak? Ibu doa murah rezeki akak nanti." Aku tatap wajah ibu masa tu, mampu balas senyuman je. Tak terkata dekat mulut sendiri "Ibu, semua nie tanggungjawab akak. Sikit pun akak tak pernah kisah. Akak sayang ibu, akak nak ibu sihat ja." Tapi sayang semua tu tak pernah terucap dekat mulut sebab terlampau sebak and aku tanak tunjuk depan ibu aku lemah. Semua abang-abang aku berpesan jangan pernah menangis depan ibu, jangan tunjuk yang kita lemah depan ibu sebab bila kita menangis ibu mesti sedih.

Pertengahan bulan Mac tahun lepas ibu balik dari Sabah sebab ibu rindukan anak-anak dengan cucu ibu. Macam biasa setiap kali ibu balik mesti ibu akan bawak udang besar dan kek lapis dari Sabah. Ibu akan masak makanan yang anak-anak dia suka. Ibu akan layan semua kerenah manja anak-anak dia. Tapi makin lama ibu makin kerap sakit belakang dan sakit dalam perut sampai ibu cakap tak boleh nak jalan, ibu solat pun atas kerusi sebab tak mampu nak sujud. Bila pegi hospital pihak hospital cakap ibu cuma gastrik, bagi ubat dan suruh ibu berehat. Satu petang ibu pesan suruh belikan ibu pampers sebab ibu dah tak larat nak bangun pegi toilet. Malam tu ibu cakap "yin, ibu rasa nak pegi hospital la. Sakit sangat dah."  Aku pun cepat-cepat panggil along ajak pegi hospital. Tapi macam biasa doktor hanya cakap ibu gastrik. Sampaikan kami adik beradik nak bergaduh bertumbuk dengan doktor sebab tak puas hati. At last, doktor cakap takpe dia tahan ibu dekat wad untuk check selanjutnya. Selama 3bulan ibu terlantar dekat hospital baru pihak hospital dapat detect rupa-rupanya kanser ibu dah merebak ke hati dan tulang, dan memang takde harapan dah. 

Hari khamis, 12 Julai 2012. Aku dapat call dari along "kak, siap sekarang. Angah nak ambik hg sekarang." Aku pun macam " haa kenapa? aku ada presentation satgi nie" . Hati dah tak sedap. Then along cakap " Ibu dah nazak, balik jala sekarang." Totally aku rasa lost, menangis dah tak tahu arah. Sampai hospital dah memang tengok ramai baca yassin, dan pergerakan nafas ibu dah mula susah. Buat pertama kali aku menangis depan ibu sambil peluk ibu. Ibu pesan "jangan nangis kalau yin sayang ibu. Yin belajaq rajin-rajin, jaga abah, jaga diri, jangan bergaduh adik beradik bila ibu takda nanti, solat jangan tinggai. Yin jangan nangis." Jumaat, 13 Julai 2012. Satu panggilan dari abah mengatakan ibu kembali nazak. Bergegas kami adik beradik pegi hospital dan pergerakan nafas ibu makin susah. Seorang demi seorang anak-anak pegi mintak maaf dekat ibu. Aku masih ingat ibu menghembuskan nafas akhir sebab aku ada dekat sisi ibu sambil pegang tangan ibu dan aku lihat screen tiada lagi pergerakan jantung ibu. Dan doktor mengesahkan ibu telah tiada. Kain batik yang menutup ibu aku jadikan pengubat rindu. Tiada lagi keriangan didalam keluarga. Tiada lagi gelak tawa bersama. Tiada lagi masakan paling sedap didunia. Tiada lagi tempat bermanja, mengadu nasib. Tiada lagi teman bershopping. Segalanya dah tak lengkap. Moga Allah tempatkan ibu disisi orang yang beriman, lindungi ibu dari azab api neraka dan seksaan kubur. Al-fatihah :') . Akak sayang ibu, sayang sangat. Kami semua rindu ibu. Moga ibu bahagia disana.

                                          Gambar terakhir dengan arwah ibu.


# Sorry . Entry yang sangat panjang .





Monday 11 March 2013

Howarghhhh .

First, baru aku tahu susah gila buat belog nie. Second, rasa nak bunuh diri sebab susahnya. Third, haaa follow la belog aku ye? Heee gewdiks. Kbai